Friday, July 22, 2011

a wake up !


apabila berbicara tentang hati, mudah ajer ia berbisik tentang cinta, manusia memang tak pernah boleh tinggal kan cinta, ianya adalah fitrah yang tak mungkin kita dapat hapuskan, ianya anugerah Allah yang paling indah, manusia mudah membina angan sendiri, mencoret seribu satu kisah cinta yang kita mungkin inginkan tapi seperti yang dah tetulis, manusia merangcang Allah menentukan, kita tak kan pernah tau bila rase itu akan hadir, bagaimana jalan cerita nya, sesetengah cuba merangka jalan terindah buat diri tapi akhirnya pengakhiran itu tak seindah mana kan… ada yang menjumpai kesudahan yang paling bahagia yang dia sendiri tak mungkin boleh bayangkan, x siapa tau apa di coretkan Nya untuk kita.


Sebahagian kita masih menunngu dengan sabar perjalanan cinta yang kita mungkin temui, apabila cinta yang didamba sudah ditemui, usahlah dikotori oleh nafsu, bawalah ia terus dalam lindungan Nya. setiap cerita cinta yang kita dengar dan lihat membuat impian kita bertambah besar, ada yang kecewa ditengah jalan letih menanti, ketahui lah jalan yang kita lalui itu amat jauh, ia tidak akan berakhir mahupun bermula waluapun kita telah temui si dia yang dijanji kan Allah itu, namun jangan pernah putus asa, sentiasa bersangka baik terhada Tuhan yang mencipta kan mu, di setiap penantian mu , Allah juga menanti bersamamu, kerana kasih Nya dan cinta Nya lebih dari apa yang kau ketahui….






Saturday, January 16, 2010

3.O0 pG

sesungguhnya hidup itu penuh dengan impian kita, impian orang disekeliling kita..begitu ramai orang kat dunia ni dan setiap orang ada impian dan hidup mereka sendiri.. kalau direnung dan difikirkan balik.. betapa besarnya kuasa Allah S.W.T mencipta segalanya Maha Suci Allah yang Maha Menguasai kerajaan Nya. setiap orang mempunyai kehidupan yang berlainan antara satu sama lain, corak kehidupan, ada yang mempunyai keluarga ada yang telah kehilangan, ada yang tidak mempunyai rumah untuk didiami dan ada pula yang mempunyai bilik sebesar rumah (ada ke? hehe-istana kot) dan sebenarnya Allah telah memberi kita selengkap-lengkap keperluan yang kadang2 kite sendiri pun tak terhitung nikmatNya bahkan kita sering mempersoalkan setiap nikmat dan takdir yang hadir dalam diri kita ( aku pun same) kerana manusia itu insan yang maksudnya lupa.. lupa akan erti kesyukuran lupa akan pemberian, lupa akan dosa pahala dan lupa pada rahmah dan kasih sayang Allah.. merasa diri hebat walaupun ditengah-tengah kesusahan..



- 'MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN' -

surah AR RAHMAN...


DAN JIKA KAMU MENGHITUNG NIKMAT ALLAH, NESCAYA KAMU TIDAK DAPAT MENGHITUNGNYA, (TETAPI) SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU AMAT ZALIM DAN TELALU SUKA KUFUR ( DENGAN NIKMAT NYA)

surah IBRAHIM-34


Tuhan telah berfirman dan siapa kita hamba yang hina ini untuk mempersoalkan. WERE SELDOM TO THINK ABOUT WHAT WE HAVE BUT WERE ALWAYS THINK ABOUT WHAT WE MISS.. ak ( x tau nak gune ap..sy ke ak ke..ap2 ajela) selalu diperingatkan ayat ini..


'BARANGSIAPA YANG MELAMPAUI KESEDERHANAAN, TIADA SUATU PUN YANG DAPAT MEMUASKANNYA'


syukur itu bahagia.. seingat ak, ayat tu la yang first sekali ak faham tentang syukur and waktu tu ak baru aje form one.. duduk kat sekolah asrama buat aku jauh pertama kali dari family(poyo jer..) and honestly i was a homesick girl... hehe .. dalam menyesuaikan diri dengan tempat baru kawan baru dengan perangai dan otak aku yang sememangnye tak berape betul, ak selalu sedih, rasa kekurangan dan selalu memberontak...(mula2 la..pastu ok dah..) ak masa tu masih tercari-cari sesuatu yang ak sendiri tak tahu dan akhirnya (jeng2 jeng..hehe.) ak terbaca ayat tu kat atas satu cd motivasi mane ntah yang ak jumpa kat satu bilik kat skul..hmm.... waktu tu ak tersentak(hiperbola) dan ak mula faham macam mana ak nak teruskan waktu kat sana..(walaupun aku still x de la bek sangat dn otak pun...) tapi ak dah dapat sesuatu yang ak cari..


SYUKUR ITU BAHAGIA


dengan segala nikmat yang Allah S.W.T berikan pada kita ,siapalah kita untuk mempertikaikan lagi, tapi bukan lah bermaksud hidup ini tiada usaha lagi kerana bukan lah hamba yang dicintakanNya sekiranya berputus asa kerana hanya orang kafir sahaja yang berputus asa dari nimatnya..try to improve ourself and dont try to be someone else that exactly not ourself because it hurt tapi cuba jadi yang terbaik...(cewa ak bley jd kaunselor..).. apa sahaja yang terjadi didunia ini pasti ada sebabnya walaupun kadang2 terasa letih sedih tapi insya ALLAH segalanya berbalas sekiranya perkara itu diredhaiNya.. kerana Rasulullah telah bersabda :


setiap kali mukmin ditimpa kesedihan,kedukaan, keletihan wa ima duri yang dipijak maka ALLAH akan menghapuskan dosanya


dan walau apapun nikmat atau kesusahan yang diterima.. bersyukur dan besabarlah kepadaNya. tidak perlu rasa dengki mahu pun iri hati pada rezeki sahabat lain kerana rezeki itu kepunyaan masing2.dan aku pun nasihat untuk diri sendiri (dah tak tau nk smbung ap ag..he) supaya lebih banyak bersabar walaupun sesusah mana pun yang hadir.. lebih bersyukur lebih redha dan banyak berdoa.. dan percaya setiap saat yang dilalui itu, rahmah Allah sentiasa bersama ....luvmango



Friday, January 15, 2010

F.I.R.S.T typing!!!

assalamualaikum sume..
x sangke at the end ak wat juga blog ni..tepat 15.12.010 kol 10.40 p.m ..lebih2 kurang la. waktu tu tgah tgok cter snake on the plane. thank 2 kekawan ak yg bnyk tolog..org bute IT memg cmni. ceh mcm tulis speech.. sure kalo cikgu b.m ak nampk dy mara. ayat tunggang langgang. ap pun hope ak rjin la melayan blog send. lovemango